Salam semua 🙆🏻♀️
👨🏫 Anda pasti pernah dengar dan cikgu nak beritahu lagi sekali bahawa dalam bahasa arab ini, kata nama atau isim (اسم) dibahagikan kepada tiga (3) iaitu:
a) Mufrad مفرد
b) Musanna مثنى
c) Jamak جمع
Kali ini kita nak fokuskan kepada Al-MUSANNA المثنى.
☘️ Al-MUSANNA المثنى ialah kata nama yang menunjukkan bilangan dua (2) dengan menambahkan Alif dan Nun (ان) atau Ya dan Nun (يـن) di akhir kalimah seperti:
معلم + ان/ يـن = معلمان/ معلمين 👦👦
معلمة + ان / ين = معلمتان / معلمتين 🧕🧕
🤔 Baiklah, bagaimana nak ketahui samada perlu menambahkan Alif dan Nun (ان) atau Ya dan Nun (يـن) di akhir kalimah seperti contoh di atas?
Soalan yang bagus!
👨🏫 Bagi kata nama atau isim, keadaan-keadaan i'rab atau disebut sebagai في حالة الإعراب terdiri daripada 3 iaitu:
☘️ Ar-rafie الرفع: Di akhiri dengan Alif dan Nun seperti:
معلم + ان = معلمان👦👦
معلمة + ان = معلمتان🧕🧕
☘️ Manakala An-nasbi النصب dan Al-jarri الجر: Di akhiri dengan Ya dan Nun seperti:
معلم + يـن = معلمين 👦👦
معلمة + ين = معلمتين 🧕🧕
☘️ Dan untuk tentukan keadaan-keadaan yang disebutkan, perlu mengetahui hukum-hukum sesuatu kalimah pada sesuatu ayat supaya dapat menentukan keadaannya.
Contoh:
الدهر يومان
Masa itu terdiri dari DUA HARI
Kalimah يومان hukumnya adalah خبر, dan خبر dalam keadaan Ar-rafie. Jadi ditulis يومان bukan يومين.
😅 Fuhhhhh!
Nota:
Kadang-kadang kita dapati pada kalimah berbentuk مثنى ini, kita buangkan huruf ن seperti:
معلمتا العربية
Dua orang guru perempuan Bahasa Arab
Kerana معلمتا disini menjadi Mudhof (مضاف).
Semoga bermanfaat 🙆🏻♀️
Tidak ada komentar:
Posting Komentar